Juga yang terbaru dari Tinta Balqis. Buku PETUA DAPUR baru saja berada di pasaran. Mengandungi pelbagai tip dan panduan berkaitan dapur anda. Ia merangkumi dari segi persediaan bahan-bahan masakan, peralatan dapur dan juga petua berkaitan masakan. Sudah tentu kaum wanita yang rajin ke dapur harus memiliki buku ini. Segala petua dan tips di dalam PETUA DAPUR serba ringkas dan mudah difahami namun padat dengan pelbagai informasi. Jangan lupa untuk mendapatkannya di pasaran.
Salam....
Dah lama betul rasanya tak menulis dalam blog ni. Kerana kesibukan dan berdepan dengan pelbagai masalah menyebabkan blog ini menyepi seketika.
Alhamdulillah, dalam kesepian itu, Tinta Balqis masih terus aktif sebenarnya walaupun berdepan dengan beberapa halangan. Tidak mengapa, jadikan halangan itu sebagai salah satu cabaran untuk kejayaan di masa hadapan.
CANTIK & SIHAT sudah pun berada di pasaran lebih sebulan yang lalu.
Buku ini merangkuni pelbagai tips kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Tak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk ke salun atau pusat rawatan yang mahal. Dengan mempraktikkan pelbagai petua dan tips kecantikan dari bahan semulajadi, hasilnya ternyata lebih baik. Contohnya penggunaan buah-buahan yang boleh diaplikasikan sebagai bahan untuk penjagaan kecantikan. Dengan melakukannya sendiri di rumah, ia lebih segar dan sudah tentu bebas dari bahan pengawet atau bahan kimia yang sering kita khuatiri apabila membeli produk kecantikan sama ada dari segi bahaya mahupun status halalnya.
Walaupun baru sebulan berada di pasaran, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Ramai pembekal yang menelefon minta tambahan untuk buku ini.
Insya-allah, Tinta Balqis merancang untuk membuat cetakan kedua nanti.
Jadi, jangan lupa mendapatkan buku ini di pasaran. Ok...
MENERBITKAN PELBAGAI GENRE MAJALAH UNTUK TATAPAN ANDA SEMUA. DAPATKAN INFO TERBARU PRODUK2 TINTA BALQIS SETIAP BULAN. NANTIKAN PRODUK LAIN SELAIN PENERBITAN DI MASA AKAN DATANG. PASTINYA.... MACAM MACAM ADAA....
My Blog List
Search This Blog
Selamat datang ke Tinta Balqis...
Hi kenkawan.. Selamat datang ke blogTINTA BALQIS Sudilah kiranya kenkawan sume jenguk2 blog kita yang tak seberapa ni.. bagi2 ler komen untuk kita saling bertukar pendapat yek...