MICHAEL JACKSON...
Sudah hampir sebulan Raja Pop Dunia, Michael Jackson meninggal dunia. Sehingga kini kisah kematian mengejut raja pop itu masih terus diperkatakan. Sejak kematiannya, pelbagai gosip dan spekulasi timbul.
Lupakan gosip2 itu. Bercerita tentang Michael Jackson, saya antara jutaan peminat raja pop itu. Maklumlah, saya dibesarkan dengan lagu-lagu Michael Jackson. Lagu-lagunya memang sentiasa segar dalam ingatan terutama zaman album Thriller. Masih teringat lagi dalam fikiran saya sewaktu bersama-sama teman ketika remaja dulu, kami sama-sama belajar tarian lagu 'Thriller' yang amat popular di seluruh dunia. Sehingga kini, terbayang-bayang di ingatan apabila saya terkial-kial cuba mengikut gerak tarian lagu itu. Bila teringat, rasa kelakar pula.
Oh ya, asyik bercerita tentang Michael Jackson, lupa pula untuk memberitahu bahawa Tinta Balqis kini menerbitkan buku ke-2 iaitu 'Lagenda Raja Pop - Michael Jackson'. Haa... sebab itulah dari tadi saya asyik bercerita tentang M.J sahaja.
Buku ini berlainan dengan buku-buku M.J yang berada di pasaran. Ini kerana buku M.J yang diterbitkan oleh Tinta Balqis lebih padat dan berupa ala-ala biografi di mana ia memuatkan bukan saja perjalanan M.J dari kecil hinggalah ke saat penghormatan terakhirnya di Staples Centre. Ini termasuk sejarah pembuatan album, pencapaian, anugerah, skandal, perkahwinan, perceraian dan banyak lagi. Malah, turut diselitkan banyak poster M.J di dalamnya.
Buku ini memang patut dimiliki oleh peminat M.J kerana sudah pasti ia akan menjadi salah satu koleksi simpanan untuk lagenda pop tersebut.
Buku ini sudah berada di pasaran. Namun, maaf kerana saya tidak dapat memperlihatkan covernya di sini kerana scanner saya ada masalah.
Insyaallah, tidak lama lagi saya akan cuba masukkan gambar majalah tersebut di sini. ok
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment