Akhirnya, buku ke-4 keluaran Tinta Balqis sudah menjengah pasaran baru-baru ini.
BAYI - Itulah tajuknya. BUku ini memfokuskan pelbagai panduan, informasi dan tips berguna berkaitan dengan si comel anda.
Ia bukan saja memberi pelbagai panduan kepada anda untuk menangani masalah berkaitan si kecil sama ada dari sudut penjagaan, kesihatan, penyakit serta banyak lagi informasi berguna yang boleh membantu anda dalam menambah pengetahuan untuk menguruskan si comel anda.
Adakalanya sebagai ibu baru, mungkin anda sering tertanya mengapa si comel anda sering menangis atau meragam, mudah jatuh sakit dan apa yang perlu anda lakukan jika sesuatu menimpa si kecil anda.
Malah, mungkin anda ingin tahu bagaimana mahu merangsang perkembangan motorik dan psikologi si kecil sejak berusia sehari lagi. Dan apa pula keadaan yang boleh membahayakan bayi anda di mana anda sebenarnya patut menghindari risiko tersebut.
Segala panduan dan informasi yang terkandung dalam buku ini merangkumi pelbagai aspek seperti penjagaan, pemakanan, penyusuan, rangsangan, kemahiran, psikologi, penyakit, perubatan dan segalanya yang berkaitan dengan bayi anda.
Semua persoalan ini terjawab dalam buku BAYI ini. Sudah seharusnya ia menjadi salah satu koleksi yang patut anda miliki yang boleh membantu manambahkan pengetahuan anda dalam membesarkan si kecil anda dengan suasana persekitaran yang sihat dan positif.