Pejam celik, lepas sebulan kita berpuasa, akhirnya tibalah hari raya. Alhamduulillah, hari raya tetap disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran sekalipun mungkin keadaan ekonomi kita kali ini tidak sebaik sebelum ini. Yang penting, bersederhana dalam semua segi dan tidak terlalu berlebihan.
Di hari yang mulia ini, saya mohon ampun dan maaf pada mereka yang mengenali saya jika ada salah dan silap yang tidak disedari. Maklumlah, adakalanya perbuatan kita mungkin menyentuh atau mengguris perasaan orang lain tanpa disedari. Minta maaf banyak-banyak ya.
Semoga kita semua bergembira dan berbahagia di hari lebaran nan mulia ini.
Dan untuk musim raya ni, nampaknya terpaksalah lupakan sekejap disiplin diet. Maklumlah, beraya ke sana sini, tak tahan selera melihat pelbagai juadah yang enak dihidangkan. Hmm... pejam mata, telan ajelah jawabnya. Bukan selalu pun. Bak kata orang, setahun sekali aje.
By the way, selamat hari raya pada semua. Semoga ceria dan gembira selalu.
No comments:
Post a Comment