Wednesday, September 30, 2009

BAYI - Tip & Info si kecil dari 0 hingga 12 bulan



Akhirnya, buku ke-4 keluaran Tinta Balqis sudah menjengah pasaran baru-baru ini.
BAYI - Itulah tajuknya. BUku ini memfokuskan pelbagai panduan, informasi dan tips berguna berkaitan dengan si comel anda.
Ia bukan saja memberi pelbagai panduan kepada anda untuk menangani masalah berkaitan si kecil sama ada dari sudut penjagaan, kesihatan, penyakit serta banyak lagi informasi berguna yang boleh membantu anda dalam menambah pengetahuan untuk menguruskan si comel anda.
Adakalanya sebagai ibu baru, mungkin anda sering tertanya mengapa si comel anda sering menangis atau meragam, mudah jatuh sakit dan apa yang perlu anda lakukan jika sesuatu menimpa si kecil anda.
Malah, mungkin anda ingin tahu bagaimana mahu merangsang perkembangan motorik dan psikologi si kecil sejak berusia sehari lagi. Dan apa pula keadaan yang boleh membahayakan bayi anda di mana anda sebenarnya patut menghindari risiko tersebut.
Segala panduan dan informasi yang terkandung dalam buku ini merangkumi pelbagai aspek seperti penjagaan, pemakanan, penyusuan, rangsangan, kemahiran, psikologi, penyakit, perubatan dan segalanya yang berkaitan dengan bayi anda.
Semua persoalan ini terjawab dalam buku BAYI ini. Sudah seharusnya ia menjadi salah satu koleksi yang patut anda miliki yang boleh membantu manambahkan pengetahuan anda dalam membesarkan si kecil anda dengan suasana persekitaran yang sihat dan positif.

Selamat Hari Raya buat semua umat Islam...


Pejam celik, lepas sebulan kita berpuasa, akhirnya tibalah hari raya. Alhamduulillah, hari raya tetap disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran sekalipun mungkin keadaan ekonomi kita kali ini tidak sebaik sebelum ini. Yang penting, bersederhana dalam semua segi dan tidak terlalu berlebihan.
Di hari yang mulia ini, saya mohon ampun dan maaf pada mereka yang mengenali saya jika ada salah dan silap yang tidak disedari. Maklumlah, adakalanya perbuatan kita mungkin menyentuh atau mengguris perasaan orang lain tanpa disedari. Minta maaf banyak-banyak ya.
Semoga kita semua bergembira dan berbahagia di hari lebaran nan mulia ini.
Dan untuk musim raya ni, nampaknya terpaksalah lupakan sekejap disiplin diet. Maklumlah, beraya ke sana sini, tak tahan selera melihat pelbagai juadah yang enak dihidangkan. Hmm... pejam mata, telan ajelah jawabnya. Bukan selalu pun. Bak kata orang, setahun sekali aje.
By the way, selamat hari raya pada semua. Semoga ceria dan gembira selalu.

Wednesday, September 9, 2009

1001 INFORMASI TENTANG BAYI

Bila tiba bulan puasa ni, rasa letih sangat nak menaip. Idea pun cam kedekut jer nak kluar. Susah tul nak memerah otak. Agaknya sebab badan pun tak bertenaga sangat, puasa lah katakan. Tu yang idea susah nak perah.
Tapi, macam mana pun, Tinta Balqis tetap usaha nak kluarkan gak produk baru.
Akhirnya, setelah bersusah payah memerah otak, barulah siap buku 'BAYI- Tips & Info Si Kecil.
Sebenarnya buku ni dah lama siap, tapi masa tak mengizinkan nak terbitkan.
So, sekarang ni kiranya masa yang sesuailah untuk diterbitkan.
Insya-Allah, buku ini akan berada di pasaran selepas raya nanti.
Huh! Lega kejap kepala ni. Bolehlah beraya sepuas hati. Buku dah keluar.
Oh ya! Nanti sy upload cover terbaru buku BAYI ni ya...
Sekarang ni dok sibuk nak buat persiapan raya (macam sibuk sangat ler bunyinya, padahal bukan ada apa sangat pun).
Kepada semua, selamat hari raya saya ucapkan. Semoga kita semua ceria dan bahagia di hari lebaran ini. Ok..

Thursday, August 13, 2009

JUALAN KUIH RAYA BERMULA!!!





Salam sume... Hmm... dah beberapa hari takde masa nak update my blog ni. Maklumlah, selain sibuk dengan urusan printing (alhamdulillah, minggu depan dah ada la kat market buku resepi tu), saya juga tgah cbuk dengan promosi jualan biskut raya. Tak tau nak buat apa bulan puasa ni, so saya amik kesempatan jual biskut raya. Tak banyak pun, cuma 4 jenis je iaitu ALMOND LONDON, TART NENAS GULUNG, COKLAT RICE dan MAZOLA (kesemua 4 jenis biskut ni cuma RM20 - 50 pieces). Bukan apa, takut tak larat kalo nak jual banyak2 sangat, maklumlah sibuk juga nak mulakan dateline baru. So, kalo u all nak order, boleh contact saya yek. Gerenti sedap!!

Wednesday, August 5, 2009






Ok... ni aku upload sikit gambar2 dari buku RESEPI BISKUT RAYA..

Nak buat Kuih? Cepat dapatkan RESEPI BISKUT RAYA...


Pejam celik, tak lama lagi kita umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia. Puasa semua macam mana? Dah abis ganti puasa Ramadan tahun lepas? haa... cepat-cepat ganti.. So, biasa la bila tiba bulan puasa ni, mesti kita rasa nak buat amal ibadat sebanyak mungkin kan? Yalah, bulan yang mulia, pahala pun berganda, jangan lepaskan peluang untuk buat sebanyak mungkin amal ibadat. Aku ni melalut ntah ke mana lak, mengalahkan ustazah.. ok..ok... nak citer psal bulan puasa ni... salah satu yang ada kaitan mesti dengan orang pompuan. Selain shopping, salah satu yang ada dalam kepala orang pompuan time puasa ni ialah kuih raya. Betul tak? Mesti betul punya la. Time ni la dok fikir nak beli kuih apa, biskut apa yang sedap, berapa jenis nak stand by kuih tahun ni n bla..bla..bla.. lagi. Ha.. aku nak bgtau kat korang sume... Apa kata dapatkan buku terbaru Tinta Balqis berjudul RESEPI BISKUT RAYA. Buku ni memang diterbitkan khas untuk kaum pompuan yang sibuk nak buat kuih raya tahun ni. Ada lebih 50 jenis resepi biskut raya dalam buku ni yang boleh korang cuba di rumah. Kebanyakan resepinya mudah dibuat, taklah menyusahkan korang sangat atau yang terlalu complicated tuh. Antara resepi biskut dalam ni seperti tart nenas, kurma, almond london, oat, nestum, coklat rice, mazola, kopi, arab, cornflakes, bintang juli, hati rindu, badam strawberry, bebola hati, coklat cip gajus, mama carries, sarang semut, dua hati, dahlia, kesuma manis, salju rindu, halia, semperit, badam, oren, coffe. aising ceri dan banyak lagi la. Letih nak sebut satu-satu kat cni. So, kalau korang nak, dapatkan buku ni di pasaran. Gerenti puas hati sampai tak larat korang nak buat semua resepi nih. So, penuhkan ramadan anda tahun ni dengan amal ibadat di samping membuat kuih raya bila ada kelapangan. Jadikan RESEPI BISKUT RAYA sebagai panduan anda semua. Ok..

Monday, July 27, 2009

Lagenda Michael Jackson


ni cover buku terbaru dari Tint Balqis... psal Michael Jackson la.
Berbeza dengan buku M.J yang lain, buku ini rasanya lebih merangkumi perjalanan hidup M.J bukan saja dari segi karier malah dari zaman kaak-kanak, semasa bersama abang-abangnya dalam kumpulan The Jackson 5, era kegemilangannya, skandal dan perkahwinan, pencapaian album dan anugerah.
Malah, anda takkan lepaskan peluang untuk mendapatkan pin-up dan poster M.J sebagai kenang-kenangan yang harus dimiliki.
* Mengapa M.J didera semasa kanak-kanak?
* Mengapa dia membenci bapanya?
* Mengapa dia kesepian?
* Bagaimana dia mengecap kejayaan melalui Thriller?
* Mengapa dia melakukan pembedahan plastik?
* Antara kes pencabulan dan perkahwinan
* Senarai album, video klip, filem dan pencapaian serta anugerah
* Lirik-lirik popular lagu M.J
* Penghormatan terakhir di Staples Centre

Semua persoalan di atas boleh anda dapati daripada buku ini. Malah, banyak lagi cerita istimewa tentang ikon pop dunia ini yang semestinya harus anda miliki.

Tuesday, July 21, 2009

OH! MICHAEL JACKSON.....

MICHAEL JACKSON...
Sudah hampir sebulan Raja Pop Dunia, Michael Jackson meninggal dunia. Sehingga kini kisah kematian mengejut raja pop itu masih terus diperkatakan. Sejak kematiannya, pelbagai gosip dan spekulasi timbul.
Lupakan gosip2 itu. Bercerita tentang Michael Jackson, saya antara jutaan peminat raja pop itu. Maklumlah, saya dibesarkan dengan lagu-lagu Michael Jackson. Lagu-lagunya memang sentiasa segar dalam ingatan terutama zaman album Thriller. Masih teringat lagi dalam fikiran saya sewaktu bersama-sama teman ketika remaja dulu, kami sama-sama belajar tarian lagu 'Thriller' yang amat popular di seluruh dunia. Sehingga kini, terbayang-bayang di ingatan apabila saya terkial-kial cuba mengikut gerak tarian lagu itu. Bila teringat, rasa kelakar pula.
Oh ya, asyik bercerita tentang Michael Jackson, lupa pula untuk memberitahu bahawa Tinta Balqis kini menerbitkan buku ke-2 iaitu 'Lagenda Raja Pop - Michael Jackson'. Haa... sebab itulah dari tadi saya asyik bercerita tentang M.J sahaja.
Buku ini berlainan dengan buku-buku M.J yang berada di pasaran. Ini kerana buku M.J yang diterbitkan oleh Tinta Balqis lebih padat dan berupa ala-ala biografi di mana ia memuatkan bukan saja perjalanan M.J dari kecil hinggalah ke saat penghormatan terakhirnya di Staples Centre. Ini termasuk sejarah pembuatan album, pencapaian, anugerah, skandal, perkahwinan, perceraian dan banyak lagi. Malah, turut diselitkan banyak poster M.J di dalamnya.
Buku ini memang patut dimiliki oleh peminat M.J kerana sudah pasti ia akan menjadi salah satu koleksi simpanan untuk lagenda pop tersebut.
Buku ini sudah berada di pasaran. Namun, maaf kerana saya tidak dapat memperlihatkan covernya di sini kerana scanner saya ada masalah.
Insyaallah, tidak lama lagi saya akan cuba masukkan gambar majalah tersebut di sini. ok

INDAHNYA KEHAMILAN...



Alhamdulillah...
Setelah puas berusaha, akhirnya impian untuk menerbitkan buku sendiri terlaksana juga.
Berkat usaha dan tungkus lumus sebelum ini, buah hati pertama dari Tinta Balqis Publishing akhirnya sudah menemui pembaca di pasaran pada awal Julai lalu.
INDAHNYA KEHAMILAN... itulah judul pertama bayi kami.
Sebenarnya, idea untuk menerbitkan buku tentang dunia kehamilan ini muncul sewaktu mengandungkan anak kedua lebih setahun yang lalu.
Berdasarkan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh kehamilan memberi idea untuk saya menerbitkan buku ini agar dapat dikongsi bersama oleh golongan wanita hamil di luar sana.
Mungkin ia tidak sebagus mana namun informasi yang dimuatkan di dalamnya boleh digunakan untuk wanita hamil dalam menangani pelbagai masalah yang timbul semasa hamil selain memberi informasi berguna.
Selain pelbagai tips dan panduan tentang masalah dan simptom yang dihadapi, ia juga menceritakan tentang perkembangan janin di dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Semoga isi kandungannya menjadi panduan berguna untuk ibu hamil di luar sana.
Jika anda ingin memiliki buku ini, anda boleh hubungi saya menerusi email (daniaqaireena@yahoo.com)