Wednesday, September 30, 2009

BAYI - Tip & Info si kecil dari 0 hingga 12 bulan



Akhirnya, buku ke-4 keluaran Tinta Balqis sudah menjengah pasaran baru-baru ini.
BAYI - Itulah tajuknya. BUku ini memfokuskan pelbagai panduan, informasi dan tips berguna berkaitan dengan si comel anda.
Ia bukan saja memberi pelbagai panduan kepada anda untuk menangani masalah berkaitan si kecil sama ada dari sudut penjagaan, kesihatan, penyakit serta banyak lagi informasi berguna yang boleh membantu anda dalam menambah pengetahuan untuk menguruskan si comel anda.
Adakalanya sebagai ibu baru, mungkin anda sering tertanya mengapa si comel anda sering menangis atau meragam, mudah jatuh sakit dan apa yang perlu anda lakukan jika sesuatu menimpa si kecil anda.
Malah, mungkin anda ingin tahu bagaimana mahu merangsang perkembangan motorik dan psikologi si kecil sejak berusia sehari lagi. Dan apa pula keadaan yang boleh membahayakan bayi anda di mana anda sebenarnya patut menghindari risiko tersebut.
Segala panduan dan informasi yang terkandung dalam buku ini merangkumi pelbagai aspek seperti penjagaan, pemakanan, penyusuan, rangsangan, kemahiran, psikologi, penyakit, perubatan dan segalanya yang berkaitan dengan bayi anda.
Semua persoalan ini terjawab dalam buku BAYI ini. Sudah seharusnya ia menjadi salah satu koleksi yang patut anda miliki yang boleh membantu manambahkan pengetahuan anda dalam membesarkan si kecil anda dengan suasana persekitaran yang sihat dan positif.

Selamat Hari Raya buat semua umat Islam...


Pejam celik, lepas sebulan kita berpuasa, akhirnya tibalah hari raya. Alhamduulillah, hari raya tetap disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran sekalipun mungkin keadaan ekonomi kita kali ini tidak sebaik sebelum ini. Yang penting, bersederhana dalam semua segi dan tidak terlalu berlebihan.
Di hari yang mulia ini, saya mohon ampun dan maaf pada mereka yang mengenali saya jika ada salah dan silap yang tidak disedari. Maklumlah, adakalanya perbuatan kita mungkin menyentuh atau mengguris perasaan orang lain tanpa disedari. Minta maaf banyak-banyak ya.
Semoga kita semua bergembira dan berbahagia di hari lebaran nan mulia ini.
Dan untuk musim raya ni, nampaknya terpaksalah lupakan sekejap disiplin diet. Maklumlah, beraya ke sana sini, tak tahan selera melihat pelbagai juadah yang enak dihidangkan. Hmm... pejam mata, telan ajelah jawabnya. Bukan selalu pun. Bak kata orang, setahun sekali aje.
By the way, selamat hari raya pada semua. Semoga ceria dan gembira selalu.

Wednesday, September 9, 2009

1001 INFORMASI TENTANG BAYI

Bila tiba bulan puasa ni, rasa letih sangat nak menaip. Idea pun cam kedekut jer nak kluar. Susah tul nak memerah otak. Agaknya sebab badan pun tak bertenaga sangat, puasa lah katakan. Tu yang idea susah nak perah.
Tapi, macam mana pun, Tinta Balqis tetap usaha nak kluarkan gak produk baru.
Akhirnya, setelah bersusah payah memerah otak, barulah siap buku 'BAYI- Tips & Info Si Kecil.
Sebenarnya buku ni dah lama siap, tapi masa tak mengizinkan nak terbitkan.
So, sekarang ni kiranya masa yang sesuailah untuk diterbitkan.
Insya-Allah, buku ini akan berada di pasaran selepas raya nanti.
Huh! Lega kejap kepala ni. Bolehlah beraya sepuas hati. Buku dah keluar.
Oh ya! Nanti sy upload cover terbaru buku BAYI ni ya...
Sekarang ni dok sibuk nak buat persiapan raya (macam sibuk sangat ler bunyinya, padahal bukan ada apa sangat pun).
Kepada semua, selamat hari raya saya ucapkan. Semoga kita semua ceria dan bahagia di hari lebaran ini. Ok..