Saturday, June 26, 2010

Menyingkap rahsia wanita...


Terbaru dari Tinta Balqis, SYHHH...MENYINGKAP RAHSIA WANITA kini sudah berada di pasaran. Pelbagai firasat berkaitan wanita sama ada dari segi kelahiran, gaya hidup, personaliti, peribadi terkandung dalam buku ini.
Bukan untuk mempercayai namun sekadar firasat untuk mengenali kepribadian wanita tersebut.
Terdapat pelbagai cara yang boleh dibaca mengenai personaliti seseorang wanita. Sama ada dari gaya tidur, makan, penggunaan barangan termasuk rupa fizikal seperti rambut, hidung, mata dan sebagainya mempunyai firasat tersendiri.
Buku ini sudah berada di pasaran dan boleh anda miliki hanya dengan RM4.90 sahaja.

Monday, June 14, 2010

Rias & Gaya - Jun 2010!



RIAS & GAYA - Terbaru dari Tinta Balqis...
Khas untuk wanita, buku ini mengandungi pelbagai tip dan panduan ringkas yang mudah difahami berkaitan dengan tata rias dan penggayaan bagi menampilkan personaliti yang menarik dan sesuai dengan bentuk tubuh serta wajah anda.Contohnya, apa yang perlu dititikberatkan dalam berpakaian bagi mereka yang bertubuh besar atau berperut buncit? Bagaimana mahu menyamarkan pinggul yang lebar? Apakah teknik solekan yang sesuai mengikut bentuk wajah seperti wajah bulat, lonjong dan persegi? Apakah tip pemilihan warna yang sesuai untuk mereka yang berkulit gelap? Bagaimana menyamarkan kulit yang bermasalah semasa mengenakan solekan? Dan bermacam info lagi terkandung dalam buku ini. RIAS & GAYA telah berasa di pasaran sejak pertengahan Jun lalu. Hanya RM6.9 untuk pelbagai tip dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Monday, June 7, 2010

hati seorang isteri...


Bagaimana rasanya apabila kepercayaan yang selama ini diberi kepada si dia akhirnya terkikis jua kerana sikapnya yang sentiasa membawa duka. Kata orang, hati seorang isteri atau hati seorang wanita itu amat kental, kebal berdepan dengan pelbagai onar walaupun ia acapkali melukai hatinya. Mungkin inilah keistimewaan hati wanita. Tetapi siapa tahu, pada wajah yang tampak ketabahan dan kesabaran itu, namun sebenarnya jauh di sudut hatinya, dia menangis, meratapi kelukaan, kesedihan dan kekecewaan yang terpaksa dilaluinya.
Para isteri hari ini, terlalu ramai yang dilukai hatinya tanpa sedar, tanpa sengaja atau mungkin sengaja dilakukan. Namun, demi mempertahankan rumahtangga, atau mungkin lebih penting demi anak-anak tercinta, semua itu dipendam saja. Duka, lara, kepedihan yang menusuk sanubari terpaksa disimpan kemas jauh di sudut hati agar ia tidak tampak pada zahirnya. Sedangkan si suami, tanpa segan, tanpa peduli, tanpa endah, terus-terusan membuat hati si isteri menangis dan menangis.
Bila timbul sengketa dan yang teraniaya adalah isteri, ucapan yang selalu kedengaran adalah 'bersabarlah'. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Tetapi, bukan semua para isteri itu mempunyai tahap kesabaran yang setebal gunung, seluas angkasa.
Si isteri sentiasa memberi peluang kepada lelaki yang dicintainya untuk berubah, terus berdoa agar Tuhan memberi hidayah pada lelaki itu agar berubah menjadi pemimpin untuk isteri dan anak-anaknya. Namun, bilakah agaknya doa itu akan menjadi kenyataan?....
Bilakah sang suami akan mendapat hidayah itu? Atau mungkin akan terus leka dalam kekufuran?.... Dan yang akan terus menangis, hati si isteri jua....

Wednesday, May 19, 2010

Diet & Langsing


Salam...jumpa lagi dalam coretan Tinta Balqis..
Yang terbaru dari Tinta Balqis untuk bulan Mei tahun ini adalah DIET & LANGSING yang sudah berada di pasaran.
Buku ini menghimpunkan pelbagai tip dan info mudah bagi mereka yang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Pelbagai informasi merangkumi pemakanan, senaman, jadual dan nasihat berguna yang boleh anda praktikkan dalam program diet anda.
Ia bukanlah menjamin penurunan berat badan anda tetapi diharapkan buku ini dapat memberi panduan dalam usaha anda mengurangkan berat badan. Kejayaan mengurangkan berat sudah tentu bergantung pada usaha dan disiplin diri anda sendiri.
Oleh itu, jangan lupa dapatkan buku terbaru dari Tinta Balqis ini. Semoga sedikit sebanyak ia memberi manfaat kepada anda semua.

Monday, May 3, 2010

Internet 'musuh' buku....


Internet, televisyen 'musuh' buku - Ungku Aziz

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menganggap Internet dan televisyen merupakan 'musuh' kepada buku kerana menghakis budaya membaca di kalangan masyarakat seperti yang berlaku di Malaysia ketika ini. Menurut tokoh akademik itu, penggunaan yang meluas kedua-dua medium itu kini membentuk masyarakat yang bergantung sepenuhnya kepada Internet untuk mendapatkan maklumat sekali gus meminggirkan kandungan sesebuah buku. Kata Ungku Abdul Aziz, budaya membaca buku di Malaysia agak rendah berbanding negara-negara luar khususnya penduduk di Eropah yang menjadikannya satu amalan. Penduduk Eropah membaca buku di mana-mana sahaja walaupun masa terluang hanya 15 minit sedangkan negara mereka mempunyai kemudahan Internet yang baik. Tambahnya, masalah kurang membaca buku bukan sahaja berlaku kepada golongan remaja, malah kepada golongan korporat dan golongan berpendidikan tinggi yang suka menghabiskan masa lapang dengan bermain golf atau melayari Internet tanpa henti. Tambah beliau lagi, dengan membaca buku, seseorang akan mempunyai minda yang terbuka dan berupaya bercakap mengenai pelbagai perkara. Ia berbeza dengan mereka yang tidak membaca buku kerana tidak mengetahui banyak perkara.
Beliau turut mengesyorkan penulis tempatan supaya membanyakkan penghasilan buku dengan penulisan yang menarik dan sedikit kontroversi agar menarik minat pembaca. - UTUSAN MALAYSIA (3 Mei)


Membaca informasi di atas, aku mengangguk kepala sendiri. Tersenyum simpul. Benarkah kata-kata Profesor itu? Memang betul pun. Bukan nak kata orang lain, tapi aku sendiri pun dah 'gila' ngan Internet. Kalau dulu, setiap hari jika tak baca suratkhabar, rasa tak sah. Ralat rasanya. Tapi sekarang? Kalau ada kesempatan, aku beli suratkhabar. Kalau tidak, tak mengapalah. Hadap internet jelah. Ada orang kata, baik baca suratkhabar kat internet je. Lagi mudah. Ye ke? Pada aku, aku tak suka sangat nak baca suratkhabar internet ni. Feel dia lain. Tak ada tumpuan. Lagipun, berita-berita kecil setakat dua tiga perenggan mana ada dalam suratkhabar internet ni. Setakat berita penting tu, wajiblah. Sedangkan story2 yang kecil tu pun banyak juga yang memberi ilmiah atau panduan dalam hidup kita.
Kalau dah aku sendiri pun perasan kisah tak kisah dengan membaca sekarang ni, apatah lagi kebanyakan pengguna internet di luar sana. Sudah tentu alasan yang sama, baik layari internet sebab boleh dapat ilmu juga.
Aku setuju dengan kata-kata Profesor itu. Seorang kawan yang pulang dari luar negara pernah bercerita, dalam tren di sana kebanyakan orang membaca. Tak kisahlah buku apa pun. Tapi orang kita di sini? Lihatlah di dalam LRT, Komuter dan sebagainya. Lebih suka menikmati pemandangan di luar tingkap ataupun kalau ada geng, apa lagi... bergosiplah!
Memang ada benarnya, membaca helaian demi helaian buku berbeza dengan membaca di internet. Malah, buku itu lebih bermakna kerana ia boleh kita simpan. Mungkin sekarang tiada nilai. Siapa tahu 10 tahun atau 20 tahun akan datang, ada sesuatu info dalam buku itu yang amat bernilai untuk anak dan cucu kita.
Semoga buku2 terbitan Tinta Balqis juga sedikit sebanyak boleh memberi informai berguna kepada pembaca. Itulah yang amat kami harapkan.

Monday, April 12, 2010

TINTA BALQIS: April untuk BAKAL IBU

TINTA BALQIS: April untuk BAKAL IBU

April untuk BAKAL IBU


Haa... inilah dia produk terbaru dari Tinta Balqis untuk keluaran April 2010. BAKAL IBU sudah berada di pasaran. Dua kategori dalam 1 buku. BAKAL IBU memuatkan kategori kehamilan dan penjagaan bayi.
Bagi kategori kehamilan, pelbagai tip dan info tentang kehamilan dimuatkan dalam buku ini. Ia menyediakan pelbagai panduan bagi wanita hamil dalam menangani masalah dan gejala kehemilan. Malah, pelbagai informasi yang dimuatkan turut membantu anda menjalani kehamilan dengan lebih sihat. Bukan itu saja, turut dimuatkan perkembangan janin anda dari minggu pertama hingga ke-40. Menarik bukan? Selain menambah pengetahuan tentang fasa kehamilan, anda juga mengetahui bagaimana perjalanan janin anda dari mula hinggalah akhirnya dilahirkan.
Dan selepas bayi anda dilahirkan, anda juga sudah mendapat banyak pengetahuan tentang tip dan penjagaan bayi yang turut dimuatkan dalam buku ini. Ia adalah kategori kedua dalam
BAKAL IBU yang memuatkan pelbagai panduan untuk menguruskan bayi anda selain tip berdepan dengan masalah atau gejala yang timbul.
Bukan itu saja, istimewa untuk pembaca, BONUS sisipan khas nama-nama bayi beserta maknanya. Ringkas, padat dan mudah difahami. Sudah tentu ia saling melengkapi untuk bakal ibu.
Oleh itu jangan lupa dapatkan BAKAL IBU di pasaran. Sudah semestinya ia buku yang harus ada dalam simpanan anda. Semoga ia membekalkan panduan yang berguna dalam melayari kehidupan anda semua.