Monday, May 3, 2010

Internet 'musuh' buku....


Internet, televisyen 'musuh' buku - Ungku Aziz

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menganggap Internet dan televisyen merupakan 'musuh' kepada buku kerana menghakis budaya membaca di kalangan masyarakat seperti yang berlaku di Malaysia ketika ini. Menurut tokoh akademik itu, penggunaan yang meluas kedua-dua medium itu kini membentuk masyarakat yang bergantung sepenuhnya kepada Internet untuk mendapatkan maklumat sekali gus meminggirkan kandungan sesebuah buku. Kata Ungku Abdul Aziz, budaya membaca buku di Malaysia agak rendah berbanding negara-negara luar khususnya penduduk di Eropah yang menjadikannya satu amalan. Penduduk Eropah membaca buku di mana-mana sahaja walaupun masa terluang hanya 15 minit sedangkan negara mereka mempunyai kemudahan Internet yang baik. Tambahnya, masalah kurang membaca buku bukan sahaja berlaku kepada golongan remaja, malah kepada golongan korporat dan golongan berpendidikan tinggi yang suka menghabiskan masa lapang dengan bermain golf atau melayari Internet tanpa henti. Tambah beliau lagi, dengan membaca buku, seseorang akan mempunyai minda yang terbuka dan berupaya bercakap mengenai pelbagai perkara. Ia berbeza dengan mereka yang tidak membaca buku kerana tidak mengetahui banyak perkara.
Beliau turut mengesyorkan penulis tempatan supaya membanyakkan penghasilan buku dengan penulisan yang menarik dan sedikit kontroversi agar menarik minat pembaca. - UTUSAN MALAYSIA (3 Mei)


Membaca informasi di atas, aku mengangguk kepala sendiri. Tersenyum simpul. Benarkah kata-kata Profesor itu? Memang betul pun. Bukan nak kata orang lain, tapi aku sendiri pun dah 'gila' ngan Internet. Kalau dulu, setiap hari jika tak baca suratkhabar, rasa tak sah. Ralat rasanya. Tapi sekarang? Kalau ada kesempatan, aku beli suratkhabar. Kalau tidak, tak mengapalah. Hadap internet jelah. Ada orang kata, baik baca suratkhabar kat internet je. Lagi mudah. Ye ke? Pada aku, aku tak suka sangat nak baca suratkhabar internet ni. Feel dia lain. Tak ada tumpuan. Lagipun, berita-berita kecil setakat dua tiga perenggan mana ada dalam suratkhabar internet ni. Setakat berita penting tu, wajiblah. Sedangkan story2 yang kecil tu pun banyak juga yang memberi ilmiah atau panduan dalam hidup kita.
Kalau dah aku sendiri pun perasan kisah tak kisah dengan membaca sekarang ni, apatah lagi kebanyakan pengguna internet di luar sana. Sudah tentu alasan yang sama, baik layari internet sebab boleh dapat ilmu juga.
Aku setuju dengan kata-kata Profesor itu. Seorang kawan yang pulang dari luar negara pernah bercerita, dalam tren di sana kebanyakan orang membaca. Tak kisahlah buku apa pun. Tapi orang kita di sini? Lihatlah di dalam LRT, Komuter dan sebagainya. Lebih suka menikmati pemandangan di luar tingkap ataupun kalau ada geng, apa lagi... bergosiplah!
Memang ada benarnya, membaca helaian demi helaian buku berbeza dengan membaca di internet. Malah, buku itu lebih bermakna kerana ia boleh kita simpan. Mungkin sekarang tiada nilai. Siapa tahu 10 tahun atau 20 tahun akan datang, ada sesuatu info dalam buku itu yang amat bernilai untuk anak dan cucu kita.
Semoga buku2 terbitan Tinta Balqis juga sedikit sebanyak boleh memberi informai berguna kepada pembaca. Itulah yang amat kami harapkan.

No comments: