Monday, March 8, 2010

ANEKA CITARASA


LAGI yang terbaru dari Tinta Balqis. Buku ANEKA CITARASA baru jer siap dan sudah mula dipasarkan minggu lepas. Hmm... lama juga nak menunggu buku ni siap. Maklumlah, dengan cuti raya Cina, terperap agak lama juga di kilang pencetak. Tapi kini sudah siap.
ANEKA CITARASA menghimpunkan pelbagai resepi lauk pauk. Kebanyakan resepi dalam ini mudah dan ringkas. Untuk anda yang baru nak belajar2 masuk ke dapur tu, tentu boleh ikut resepi dalam ni.
Ada bermacam resepi dalam ni mengikut kategori seperti ayam, daging, ikan, makanan laut, sayur dan banyak lagi. Antaranya seperti ayam masak kicap, ayam masak merah, kurma ayam, gulai daging salai, kari daging, rendang, asam pedas, ikan tiga rasa, gulai tempoyak, singgang, gulai udang, udang masak petai, paprik sotong, ketam goreng, gulai siput, gulai rebung, masak lemak pisang muda dan banyak lagi la. Tak tersebt satu persatu di sini.
Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah dapatkan ANEKA CITARASA di pasaran ya.
Mudah, senang dan mesti jadi!

Monday, March 1, 2010

Aduhai Syafiah Humairah...


Beberapa hari ini, kita dikejutkan dengan kisah menyayat hati yang menimpa Syafiah Humairah. Gadis kecil yang hanya berusia tiga tahun ini mati kerana manusia yang hilang kewarasan dan pertimbangan hingga sanggup memukul tubuh kecil itu hingga tidak bernyawa.
Menitis air mata apabila membaca tragedi yang menimpa anak comel ini. Sekali lagi air mata bergenangan tatkala menonton jenazah Syafiah di kaca TV. Jika ikutkan hati, mahu saja lelaki yang melakukan perbuatan kejam itu disiat-siat tubuhnya lalu dicampak ke dalam sungai. Sungguh, haiwan pun tidak sekejam itu! Manusia apakah ini? Lebih keji dari binatang!
Seakan terbayang penderitaan Syafiah tatkala dipijak dan disepak bertalu-talu. Tubuhnya terlalu sakit hingga lemah tidak bermaya dan akhirnya terkulai layu. Rayuannya agar tidak dipukul tidak diendahkan. Daripada bersuara hingga akhirnya Syafiah tidak mampu mengeluarkan suara, tubuhnya terus menerima habuan daripada binatang itu.
Syafiah mati kerana tindakan kejam lelaki tidak berguna itu. Namun dari sudut lain, kematiannya membongkar segala rahsia yang cuba disembunyikan. Rupa-rupanya lelaki itu dan ibu Syafiah sudah bertahun-tahun bersekedudukan, lupa akan halal dan haram. Mungkin dengan tragedi yang menimpa Syafiah ini barulah segalanya terbongkar. Jika tidak, sudah tentu pasangan itu masih terus hidup dengan cara menghalalkan apa saja yang mereka mahu walaupun jelas salah di sisi agama.
Menatap wajah kanak-kanak seusia Syafiah, kesedihan masih terasa mengenangkan nasib yang menimpa gadis kecil ini. Semoga apa yang menimpa Syafiah menjadikan kita lebih berhati-hati dari masa ke semasa. Entah apa nak jadi dengan manusia sekarang, bayi dibuang merata-rata, kanak-kanak pula dibunuh begitu saja. Semuanya tanpa rasa belas kasihan. Nampaknya sudah ramai yang hilang kewarasan akal fikiran hari ini. Perkara beginilah yang perlu kita beri perhatian.
Semoga kes Syafiah membuka mata kita semua. Buat Syafiah, amanlah di sana setelah melalui penderitaan di dunia ini. Al-Fatihah untuk Syafiah.....

Sunday, February 28, 2010

petua dapur


Juga yang terbaru dari Tinta Balqis. Buku PETUA DAPUR baru saja berada di pasaran. Mengandungi pelbagai tip dan panduan berkaitan dapur anda. Ia merangkumi dari segi persediaan bahan-bahan masakan, peralatan dapur dan juga petua berkaitan masakan. Sudah tentu kaum wanita yang rajin ke dapur harus memiliki buku ini. Segala petua dan tips di dalam PETUA DAPUR serba ringkas dan mudah difahami namun padat dengan pelbagai informasi.
Jangan lupa untuk mendapatkannya di pasaran.

manfaat cantik dan sihat


Salam....
Dah lama betul rasanya tak menulis dalam blog ni. Kerana kesibukan dan berdepan dengan pelbagai masalah menyebabkan blog ini menyepi seketika.
Alhamdulillah, dalam kesepian itu, Tinta Balqis masih terus aktif sebenarnya walaupun berdepan dengan beberapa halangan. Tidak mengapa, jadikan halangan itu sebagai salah satu cabaran untuk kejayaan di masa hadapan.
CANTIK & SIHAT sudah pun berada di pasaran lebih sebulan yang lalu.
Buku ini merangkuni pelbagai tips kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Tak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk ke salun atau pusat rawatan yang mahal. Dengan mempraktikkan pelbagai petua dan tips kecantikan dari bahan semulajadi, hasilnya ternyata lebih baik. Contohnya penggunaan buah-buahan yang boleh diaplikasikan sebagai bahan untuk penjagaan kecantikan. Dengan melakukannya sendiri di rumah, ia lebih segar dan sudah tentu bebas dari bahan pengawet atau bahan kimia yang sering kita khuatiri apabila membeli produk kecantikan sama ada dari segi bahaya mahupun status halalnya.
Walaupun baru sebulan berada di pasaran, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Ramai pembekal yang menelefon minta tambahan untuk buku ini.
Insya-allah, Tinta Balqis merancang untuk membuat cetakan kedua nanti.
Jadi, jangan lupa mendapatkan buku ini di pasaran. Ok...

Wednesday, September 30, 2009

BAYI - Tip & Info si kecil dari 0 hingga 12 bulan



Akhirnya, buku ke-4 keluaran Tinta Balqis sudah menjengah pasaran baru-baru ini.
BAYI - Itulah tajuknya. BUku ini memfokuskan pelbagai panduan, informasi dan tips berguna berkaitan dengan si comel anda.
Ia bukan saja memberi pelbagai panduan kepada anda untuk menangani masalah berkaitan si kecil sama ada dari sudut penjagaan, kesihatan, penyakit serta banyak lagi informasi berguna yang boleh membantu anda dalam menambah pengetahuan untuk menguruskan si comel anda.
Adakalanya sebagai ibu baru, mungkin anda sering tertanya mengapa si comel anda sering menangis atau meragam, mudah jatuh sakit dan apa yang perlu anda lakukan jika sesuatu menimpa si kecil anda.
Malah, mungkin anda ingin tahu bagaimana mahu merangsang perkembangan motorik dan psikologi si kecil sejak berusia sehari lagi. Dan apa pula keadaan yang boleh membahayakan bayi anda di mana anda sebenarnya patut menghindari risiko tersebut.
Segala panduan dan informasi yang terkandung dalam buku ini merangkumi pelbagai aspek seperti penjagaan, pemakanan, penyusuan, rangsangan, kemahiran, psikologi, penyakit, perubatan dan segalanya yang berkaitan dengan bayi anda.
Semua persoalan ini terjawab dalam buku BAYI ini. Sudah seharusnya ia menjadi salah satu koleksi yang patut anda miliki yang boleh membantu manambahkan pengetahuan anda dalam membesarkan si kecil anda dengan suasana persekitaran yang sihat dan positif.

Selamat Hari Raya buat semua umat Islam...


Pejam celik, lepas sebulan kita berpuasa, akhirnya tibalah hari raya. Alhamduulillah, hari raya tetap disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran sekalipun mungkin keadaan ekonomi kita kali ini tidak sebaik sebelum ini. Yang penting, bersederhana dalam semua segi dan tidak terlalu berlebihan.
Di hari yang mulia ini, saya mohon ampun dan maaf pada mereka yang mengenali saya jika ada salah dan silap yang tidak disedari. Maklumlah, adakalanya perbuatan kita mungkin menyentuh atau mengguris perasaan orang lain tanpa disedari. Minta maaf banyak-banyak ya.
Semoga kita semua bergembira dan berbahagia di hari lebaran nan mulia ini.
Dan untuk musim raya ni, nampaknya terpaksalah lupakan sekejap disiplin diet. Maklumlah, beraya ke sana sini, tak tahan selera melihat pelbagai juadah yang enak dihidangkan. Hmm... pejam mata, telan ajelah jawabnya. Bukan selalu pun. Bak kata orang, setahun sekali aje.
By the way, selamat hari raya pada semua. Semoga ceria dan gembira selalu.

Wednesday, September 9, 2009

1001 INFORMASI TENTANG BAYI

Bila tiba bulan puasa ni, rasa letih sangat nak menaip. Idea pun cam kedekut jer nak kluar. Susah tul nak memerah otak. Agaknya sebab badan pun tak bertenaga sangat, puasa lah katakan. Tu yang idea susah nak perah.
Tapi, macam mana pun, Tinta Balqis tetap usaha nak kluarkan gak produk baru.
Akhirnya, setelah bersusah payah memerah otak, barulah siap buku 'BAYI- Tips & Info Si Kecil.
Sebenarnya buku ni dah lama siap, tapi masa tak mengizinkan nak terbitkan.
So, sekarang ni kiranya masa yang sesuailah untuk diterbitkan.
Insya-Allah, buku ini akan berada di pasaran selepas raya nanti.
Huh! Lega kejap kepala ni. Bolehlah beraya sepuas hati. Buku dah keluar.
Oh ya! Nanti sy upload cover terbaru buku BAYI ni ya...
Sekarang ni dok sibuk nak buat persiapan raya (macam sibuk sangat ler bunyinya, padahal bukan ada apa sangat pun).
Kepada semua, selamat hari raya saya ucapkan. Semoga kita semua ceria dan bahagia di hari lebaran ini. Ok..